SLIDER

WELCOME TEXT

Welcome to CYB| Chea-Yee's Blog.

This blog captures the musings and anecdotes of the daily life of a Malaysian who is now living in Melbourne, Australia.

NEWSLETTER

Hari Merdeka Ku Yang Paling Bosan-nya..

Bosannya kalau nak tahu cam mana aku menyambut Hari Kermerdekaan yang ke 48.
Cam mana saya telah menyambut Hari Merdeka hari ini?

Hai, bangun lewat, tengok drama bersiri aje. Generation Love la. Habis kesemua 9 jam wayang tu.
Tak payah menonton lagi. Boleh pulangkan kepada sepupu adik perempuan saya. Lepas tu pergi melayari halaman Internet dan baca surat elektronikku.Tidur sekejap selama setengah jam, lalu bangun back buku teks ku.

Langsung tak ada keluar bersiar-siar pun.

Hai, kan aku dah cakap hari aku ni memang bosan kan? Kata nak menyambut Hari Merdeka, kalau nak cakap bosan, saya boleh menang tempat pertama untuk Hari Merdeka Yang Paling Bosan lah.

Hai...malaslah nak berbe-log dalam BM. Tak reti. Sudah karat bahasa ku, kerana sudah bertahun bilangnya aku tidak menulis apa-apa dalam bahasa ini la. Mati otak aku nak berfikir apa yang nak dituliskan ini.

Apa yang telah aku buat semalam? Hmm..semalam aku pergi makan malam makanan Jepun di restoran Matsuba kat Desa Sri Hartamas bersama kawanku PG. Kali pertama aku ke tempat makan tu selepas berbilang tahun lamanya restoran itu dibuka. Cam mana makanan kat restoran tu??

Hmmm....selepas menonton wayang Jepun selama 9 jam dalam tempoh 3 hari berturut-turutan, memang tidak hairan kalau aku ada selera nak makan makanan Jepun lar...

Makanan kat sana tu memang santapan Jepun yang "Bukan Halal". Hai, memanglah makanan sebenar Jepun adalah tidak halal. Kalau nak dikatakan makanan SEBENAR Jepun yang halal, hanya dalam negara kita aje la.
Kat Jepun, memang makanan berjenis-jenis seperti penyu, fugu (iaitu ikan puffer), dan lain-lain yang boleh dikatakan memang tidak halal lar...

Itadakimesu!! Hai....makanan kat sana oishi desu!

Hai, kalau dibandingkan kepada makanan---- boleh dikatakan saya agak oishi jugak, tahu? ;-)

Banyak sedap....sebenarnya setelah sekian lama menyantap makanan Jepun kat restoran yang bersistem kaitan tali (kerana selalu banyak mengunjungi restoran Sushi King), aku memang sudah tidak biasa kalau pergi ke restoran Jepun yang tidak mempunyai kaitan tali lah. Memang ada restoran yang menjual makanan khususnya teppanyaki, itu aku dah biasa lah. Memanglah banyak pusat membeli-belah besar (ataupun kecil) pasti mempunyai sekurang-kurangnya 2 restoran jepun atau paling sedikitnya satu restoran jepun.

Restoran Matsuba terkenal (kalau sememangya terkenal, saya sebenarnya tidak tahu lah!) dengan set buffetnya untuk dewasa dan kanak-kanak.

Kami berdua memilih untuk memanggil dari menu ala-cartenya. Saya memanggil satu set makan yang ada gyoza, teriyaki ayam dan sup miso. (yang saya tidak ada minum pun).Hah!

PG memanggil satu mangkuk mi ramen dengan "stewed" khinzir. Hah--- dia bergelak yang dia memandu sejauh dari rumah aku untuk bemakan mi maggi....hai gelak lah budak tu.....kalau memang nak makan mi maggi, makan kat rumah aku aje le.....

Saya ingat PG memang menyukai makanan kat sana lah.Hai, lain kali kita pergi sana makan sahaja.
Kalau boleh mencari tempat lain, boleh jugak. Kalau nak tahu, pemilik restoran tu memang telah berkahwin dengan seorang berbangsa Jepun. Tetapi tidak berapa pasti lah berapa orang pemilik restoran tu memang asalnya orang jepun.

Saya tiba balik kat rumah tak sampai pukul 10jam pulak.....Hai, ingat nak keluar meronda-ronda sampai lepas 12malam dan boleh tunggu orang kat jalan raya menjerit Merdeka, tapi sudah pulang rumah dah pulak. Hai, kalau bukan nak dicakapkan yang orangnya begitu bosannya sampai tak ada lagi perkara yang boleh dibuat pada malam sebelum Merdeka, saya memang tidak ada ayat lagi yang boleh dicari untuk menggambarkan orangya...hai hai..PG, PG.....

No comments

© CYB | Chea-Yee's Blog • Theme by Maira G.